SECEBIS CORETAN
LAA ILAHA ILLALLAH .. SENYUMLAH selalu walau DIUJI, walau hati rasa tak mampu dengan UJIAN. Kita perlukan-NYA... lebih daripada segala-galanya. tanyalah diri, Di mana ALLAH dihatiku ? Carilah Allah disetiap LANGKAH...
Monday, 14 September 2015
MARI BELAJAR KESANTUNAN...
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)-
Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinyaii. kesantunan sangat kontekstual
- berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan
-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenal
i-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala
.i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus-beradab sopan-perlakuan lemah-lembut-berbudi pekerti
III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat- Biasanya mengamalkan budaya yang sama-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
PERBEZAAN IPT DENGAN SEKOLAH
Tanggal 22 Jun 2015 mencatat sejarah baru
dalam catatan hidupku… Pada tarikh
inilah aku mula-mula menjejakkan kaki ke Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu (IPGK PM), Melaka. Bermula pada saat ini, satu fasa baru dalam
kehidupanku akan bermula. Satu alam baru akanku tempuhi…. Alam pengajian tinggi...
“Alam pengajian tinggi ni ada beza ke
dengan alam persekolahan?”. Mesti ada yang tertanya-tanya tentang hal ini, kan?
Sudah semestinya alam pengajian tinggi berbeza dengan alam persekolahan. Di
bawah ini saya senaraikan beberapa perbezaan antara pusat pengajian tinggi
dengan sekolah.
SEKOLAH
|
ASPEK
|
PUSAT PENGAJIAN TINGGI
|
ü Diuruskan oleh ibu bapa atau pihak
asrama
|
MAKAN PAKAI
|
![]() |
ü Daripada ibu bapa kerana tinggal di rumah
|
PERHATIAN DAN SOKONGAN
|
![]() ![]() |
ü Dipantau oleh ibu bapa dan guru
|
PEMANTAUAN
|
![]() |
ü Diberi perhatian khusus
|
PELAJAR BERMASALAH
|
![]() |
ü Jika prestasi menurun, guru akan
memberikan khidmat nasihat
|
PRESTASI PEMBELAJARAN
|
![]() ![]() |
ü Dididik oleh guru
|
KAEDAH PEMBELAJARAN
|
![]() |
ü Guru sangat mesra, penyayang dan
bersedia membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.
|
KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR
|
![]() |
ü Guru membimbing secara terperinci
|
BIMBINGAN
|
![]() |
ü Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
|
BAHASA
|
![]() |
ü
Persekitaran
tertutup dan terkawal
|
KAWALAN
|
![]() |
ü Kurang terdedah
|
PENDEDAHAN KEPADA UNSUR NEGATIF
|
![]() |
ü Sudah terbiasa dengan suasana sekolah
dan persekitarannya
|
KEJUTAN SUASANA BARU
|
![]() |
ü Mudah difahami
|
TARAF PENGGUNAAN BAHASA
|
![]() |
ü Lebih mudah
|
SUBJEK
|
![]() |
ü Nota daripada guru
|
PENYEDIAAN NOTA
|
![]() ![]() |
ü Tidak memerlukan bahan rujukan yang
banyak
|
BAHAN RUJUKAN
|
![]() |
ü Bergantung sepenuhnya kepada
pembelajaran di dalam kelas
|
BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN
|
![]() |
ü Perlu menyalin sahaja kerana nota
disediakan
|
CATITAN NOTA
|
![]() ![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)