Kata orang, tak kenal maka tak cinta... jadi untuk jatuh cinta kepada subjek KEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053), mari kita berkenalan dengan lebih lanjut.
Dengan kata lain, belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqokn21fzqr8K157B7KoO-uqJgxAKktj3Z7cvu8_WCpxK9CbVKFrAmeESYfHEnJn6WfDhN5x8oy993Ryva-3OiwDe_-dIFh2kiAtHWXiEUFHEVa8QOBb2PoyjNWywKJuPnroVjlojDjrWZ/s1600/anak-suka-membaca-buku.jpg)
Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah
dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar
untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar
untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.
Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.
Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.
No comments:
Post a Comment