PERBEZAAN SEKOLAH DENGAN IPT




      Tanggal 22 Jun 2015 mencatat sejarah baru dalam catatan hidupku…  Pada tarikh inilah aku mula-mula menjejakkan kaki ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM), Melaka. Bermula pada saat ini, satu fasa baru dalam kehidupanku akan bermula. Satu alam baru akanku tempuhi…. Alam pengajian tinggi...
       “Alam pengajian tinggi ni ada beza ke dengan alam persekolahan?”. Mesti ada yang tertanya-tanya tentang hal ini, kan? Sudah semestinya alam pengajian tinggi berbeza dengan alam persekolahan. Di bawah ini saya senaraikan beberapa perbezaan antara pusat pengajian tinggi dengan sekolah.

SEKOLAH
ASPEK
PUSAT PENGAJIAN TINGGI
ü  Diuruskan oleh ibu bapa atau pihak asrama
MAKAN PAKAI
*      Perlu urus sendiri
ü  Daripada ibu bapa kerana tinggal di rumah
PERHATIAN DAN SOKONGAN
*      Tiada tempat mengadu
*      Perlu hadapi masalah mereka sendiri
ü  Dipantau oleh ibu bapa dan guru
PEMANTAUAN
*      Bebas melakukan apa-apa sahaja
ü  Diberi perhatian khusus
PELAJAR BERMASALAH
*      Tiada keistimewaan atau perhatian khusus diberikan
ü  Jika prestasi menurun, guru akan memberikan khidmat nasihat
PRESTASI PEMBELAJARAN
*      Tiada perhatian khusus diberikan
*      Pelajar perlu berusaha sendiri (berjumpa kaunselor, bertemu pensyarah, berbincang dengan rakan)
ü  Dididik oleh guru
KAEDAH PEMBELAJARAN
*      Diberikan lecture oleh pensyarah (perlu bijak ambil nota dan sentiasa bertanya)
ü  Guru sangat mesra, penyayang dan bersedia membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.
KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR
*      Sebahagian pensyarah sukar didekati kerana agak sibuk dengan urusan lain.
ü  Guru membimbing secara terperinci
BIMBINGAN
*      Pensyarah membimbing pelajar secara umum
ü  Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
BAHASA
*      Kebanyakannya dalam bahasa Inggeris
ü       Persekitaran tertutup dan terkawal
KAWALAN
*      Persekitaran terbuka dengan seluas-luasnya dan bebas
ü  Kurang terdedah
PENDEDAHAN KEPADA UNSUR NEGATIF
*      Terdedah dengan pelbagai unsur negatif
ü  Sudah terbiasa dengan suasana sekolah dan persekitarannya
KEJUTAN SUASANA BARU
*      Persekitaran yang berbeza dan berlainan
ü  Mudah difahami
TARAF PENGGUNAAN BAHASA
*      Lebih tinggi dan rumit
ü  Lebih mudah
SUBJEK
*      Lebih sukar, kompleks, lebih banyak dan menyeluruh
ü  Nota daripada guru
PENYEDIAAN NOTA
*      Perlu menyediakan nota sendiri
*      Jangan harapkan nota bulat-bulat daripada pensyarah
ü  Tidak memerlukan bahan rujukan yang banyak

BAHAN RUJUKAN


*      Bahan rujukan yang bertimbun-timbun setiap subjek
ü  Bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di dalam kelas
BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN
*      Bergantung kepada perbincangan di dalam dewan kuliah semata-mata
ü  Perlu menyalin sahaja kerana nota disediakan
CATITAN NOTA
*      Pensyarah hanya memberikan syarahan
*      Perlu mencari nota sendiri

No comments:

Post a Comment